Ulang tahun Yezz! tahun nie rasanya terlalu istimewa kerana kumpulan Abstrak Hingga Ke Bulan sudi meluangkan waktu bersama fans. Hotsound Studio, Wangsa Maju, dijadikan tempat pertemuan antara mereka semua. Kalau you all nak tahu, mereka semua gigih menepati tema Yezz! tahun nie iaitu glam rock.

           

Setelah tiga tahun menyepi daripada bidang seni suara, akhirnya terjawab juga apabila munculnya album kedua daripada kumpulan Abstrak Hingga Ke Bulan. Dianggotai lima orang anak muda iaitu Deeba (vokalis), Jen Ed (gitar), Ikhqmal (pemain dram), Fendy (Keyboard), dan Atom (bass). Lagu “Tiktok” yang menjadi taruhan awal mereka sedang hangat diputarkan di corong-corong radio.

           

Bercerita pula tentang Hotsound Studio, jika you all kaki jamming jangan segan-silu untuk datang ke sini. Bayarannya yang dikenakan amat berpatutan dan suasana di dalamnya  pun cukup selesa. Sebarang info boleh sahaja klik di laman sosial facebook Hotsound Studio. Heppp, jangan berhenti membaca sampai sini sahaja. Jom kita lihat apa yang telah terjadi kepada mereka sekarang nie! Ayuhhh!

 

Untuk melihat telatah-telatah lucu they all, you all kenalah dapatkan majalah Yezz! isu Oktober 2012 ok!