Katy Perry dan nail art seakan sudah tidak dapat dipisahkan lagi.  Pelantun suara lagu 'Wide Awake' itu sering menggunakan cat kuku yang unik dan aneh. Lihat sahaja kemunculannya di mana-mana majlis, sudah pasti Katy tidak lupa untuk menghias cantik kukunya. Ada macam-macam tau, antaranya  nail art polkadot, smurf  dan kartun ‘daria.’

 

Sewaktu masih bersama bekas suaminya Russell Brand dahulu, ketika meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama (September 2010), Katy telah menghias kukunya dengan wajah Russell. Wah, gigih! Bahkan sebagai tanda sokongannya terhadap kempen Presiden Amerika Syarikat pada Oktober lalu, Katy telah menghias kukunya dengan gambar-gambar Obama! 

 

You all pula, ada tak yang punya minat sama macam Katy Perry nie? Kalau ada, kongsikan dengan Yezz! ya.