“Tuhan tolong lembutkan hati dia, untuk terimaku seadanya, kernaku tak mampu hidup tanpa dia disisiku,” amboiii liriknya sahaja sudah menusuk kalbu. Apatah lagi kalau mendengar sendiri lunak si empunya suara lagu “Ombak Rindu” nie. Tangkap ‘leleh’ beb!

 

Rasanya Yezz! tidak perlu memperkenalkan lagi siapakah gerangan selebriti yang menghiasi muka depan kali nie. Gandingan mantap Hafiz dan Adira, memang kena sekali dengan isu Yezz! kali Budget Fashion.  Lihat sahajalah penampilan Hafiz pada Anugerah Juara Lagu yang ke-26.

 

Yezz! salut kepada Hafiz yang berani memberikan idea kreatif terhadap persembahan dan gaya berpakaian pada malam tu. Persoalan Yezz!, “Berani ke keluar dating dengan si dia berpakaian sedemikian?”. Haa, Hafiz jangan lupa jawab ya!

 

         Penyanyi comel dari negeri bawah bayu, Adira bukan sahaja berbakat dalam nyanyian. Malah dari segi berfesyen pun apa kurangnya. Tambahan pula gaya rambutnya ala “boyish” pernah menjadi satu trend di kalangan remaja seperti you all

 

 

ADIRA

 

Nama Penuh : Siti Adira Binti Suhaimi

Nama Komersial : Adira

Tarikh Lahir :19 September 1991

Tempat Lahir : Hospital Ranau

Facebook : Adira Yayang Suhaimi

Twitter : Adira_Yayang

Ungkapan Favourite : Bulih Bah Tu!

 

HAFIZ

 

Nama Penuh : Mohd Hafiz Bin Mohd Suip

Nama Komersial : Hafiz

Tarikh Lahir : 27 Februari 1990

Tempat Lahir : Kuching, Sarawak

Facebook : Mohd Hafiz / Mohd Hafiz Suip

Twitter : @hafizsuip

Ungkapan Favourite : Perghhh!!!

 

Baca saja mesti tak puas, kan? Jom tengok pesanan khas dari Hafiz dan Adira sewaktu they all photoshoot tempoh hari. Siap berduet lagi tu! Kalau nak artikel lengkap dan lebih banyak gambar menarik, kenalah beli majalah Yezz! isu Jun 2012!