Karnival Karangkraf kembali lagi tahun ini. Kali nie lebih meriah dan lebih banyak aktiviti serta hadiah! 

 

Temui team Yezz! dan team majalah Klik, G3 dan Rapi di bawah satu booth! 

 

Aktiviti-aktiviti menarik majalah Yezz! yang menarik khas untuk you all:

 

1. Show Yezz! Your Talent!


Majalah Yezz! akan mengadakan sesi pencarian bakat di Karnival Karangkraf 2013 yang akan berlangsung 1, 2 dan 3 Februari 2013 ini di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Dijemput semua talent-talent Yezz! yang berumur 13 hingga 17 tahun untuk menyertai pencarian bakat ini. You all boleh menyanyi (bawa minus one sendiri), menari (bawa lagu sendiri), atau acoustic jam (bawa instrumen sendiri). You all boleh sertai secara solo atau berkumpulan.

Sesi 1: Sabtu (2 Feb): 2.00 pm hingga 6.00 pm
Sesi 2: Ahad (3 Feb): 9.00 am hingga 12 pm

Hadiah tempat pertama: RM 100 + hamper
Hadiah tempat kedua: RM 50 + hamper

You all juga akan ditampilkan dalam majalah Yezz! isu Mac 2013!
 

2. Wall of Fame

 

3. Pencarian model Yezz! 

 

4. Pendaftaran ahli Yezz! Fan Club

 

Selain tu, Yezz! juga menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk you all yang membeli majalah Yezz! isu terbaru (Februari 2013) dan Januari 2013. You all cuma perlu tunjukkan resit pembelian majalah di booth Yezz! dan pulang dengan senyuman bersama hadiah-hadiah yang akan diberikan nanti.

 

Apa tunggu lagi, jom ramai-ramai datang Karnival Karangkraf 2013!